Insiden berat badan berlebihan dan obesiti tersebar luas dengan perangkaan 31.6% dan 16.3% masing-masing di Malaysia. Lebih kurang 30.9% lelaki dan 32.4% perempuan mempunyai berat badan berlebihan sementara 13.9% lelaki dan 18.8% perempuan adalah obes.
Dijangkakan lebih kurang 3.8 juta dan 2 juta orang dewasa berumur 25-64 tahun didapati sama ada masing-masing mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Lebih kurang 1 dalam 2 orang dewasa berumur 25 hingga 64 tahun sama ada mempunyai berat badan berlebihan ataupun obes.
Lebih kurang setiap orang keempat di muka bumi ini terlalu gemuk. Obesiti dengan pantasnya menjadi salah satu sebab utama orang meninggal dunia.
Unjuran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan bahawa secara global pada 2005, lebih kurang 1.6 billion orang dewasa mempunyai berat badan yang berlebihan, dan lebih kuran 400 juta orang dewasa obes. WHO mengunjurkan bahawa menjelang 2015, lebih kurang 2.3 bilion orang dewasa akan mempunyai berat badan yang berlebihan dan 700 juta akan menjadi obes.
Kematian akibat daripada diabetes akan meningkat lebih 50% diseluruh dunia dalam 10 tahun akan datang - WHO

No comments:
Post a Comment